▸ aku hanya ada engkau..cukuplah.. ... ♬
Monday, March 1, 2010
♥ posted at: @10:30 PM



malam ini aku berjalan2 di taman.. aku berseorangan.. aku duduk di buaian.. aku memandang ke atas.. ada sang langit malam.. ohh aku xkeseorangan rupanya.. langit malam sentiasa menemani ku..

aku mencari sang bulan.. ternyata dia tidak sudi menemaniku malam ini.. mungkin dia sudah bertemu seseorang yg lebih layak utk mendapat cahaya purnamanya nan indah.. xapa lah.. aku ada sang langit malam..

aku mencari sang bintang.. ohh ternyata dia setia mengikut sang bulan.. pergilah engkau.. aku xmemerlukan sesiapa lagi kerana aku ada sang langit malam..

sang langit malam bertanya kpd ku, "adakah engkau berasa bosan bersamaku..?" lantas aku menjawab, "mana mungkin aku berasa bosan bersamamu.. aku syg pd mu krn engkau setia menemani ku.. meskipun tiap kali aku menatap mu, engkau kelihatan kosong namun kehadiranmu di sisi ku memberi makna yg amat mendalam"

p/s : realitinya, kecantikan tidak akn selalu setia.. kita akan menemui makna sebuah kekosongan jika kita menghayatinya dan memahaminya.. kini, jiwa ku kosong..

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011