▸ Kelabu - Nadia Khan ... ♬
Saturday, February 11, 2012
♥ posted at: @12:47 AM


well hello babes and dudes.

rasanya dah lama gilerrrrrrrrrrrrrrrrrr aku tak buat review novel kan. okey. baru-baru nie aku dah habis baca novel KELABU written by Nadia Khan.





"Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih.
Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan.


Apa jadi pada yang di tengah-tengah?
Apa jadi pada orang-orang macam aku?


Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', aku tak tolak. 
Salah aku ke kalau aku kata "ya" pda awek cun?
Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?
Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?


Aku Amir. Jemputlah masuk dalam dunia aku 
di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas.
Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham
macammana rasanya berada di dunia aku.


Dunia KELABU."

emmm. tu la sinopsis di belakang cover buku nie. menarik kan? macam mana la dunia Kelabu yang ingin disampaikan oleh penulis nie? tu yang aku fikir.

separuh awal daripada novel nie, Nadia Khan berjaya buatkan aku jatuh hati pada Amir. seorang freelanse photographer, lulusan dari Germany, anak Dato', kacak mungkin, sangat gentleman dan sangat sensitif terhadap perasaan perempuan. haha. biasa lah. dunia novel, semua nak indah nak perfect.

but then, bila aku dah sampai di pertengahan cerita nie, aku jumpa ke-tidak-perfect-an-nya. Amir is Amira actually. do you get what I mean? He's err no, she's not a guy but a girl. what??? ohh damn. dalam tak sedar, aku rasa kecewa. kecewa sebab tertipu dan terjatuh hati pada watak perempuan yang perfectly berjaya digambarkan as a guy by the writter.

dan masa nie lah. aku jumpa the 'kelainan' dalam novel nie yang belum pernah aku jumpa dalam mana-mana novel yang pernah aku baca sebelum nie. CINTA TERLARANG. cinta yang cuba dipertahankan melawan fitrah yang telah ditetapkan. bukan cinta antara lelaki dan perempuan. ye, this story is about dunia kelabu seorang pengkid.

kalau nak cerita plot cerita secara detail tak best lah kan nanti korang nak baca. but, ape yang aku suka tentang novel nie, ia sempoi. dialog-dialog nya sangat sempoi and yes aku suka dia campur terus dengan bahasa Inggeris tanpa perlu di'Blod'kan. gaya penceritaan seolah-olah si penulis atau mungkin Amir tu ada di sebelah kau dan bercerita secara langsung. sangat smooth dari satu babak ke babak yang lain. dan ending nya? emm. kau yang tentukan.

this is my first time that I'm in love with the publisher. Amir Muhammad orang yang mengelola FIXI, the publisher for this and many other amazing books. seriously, aku nak kumpulkan semua jadi salah satu koleksi berharga aku. If sebelum nie aku 'gila'kan novel yang Hlovate tulis, sekarang aku ketagih buku-buku dari FIXI. buttttt. still, Hlovate is the number one! :)

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011