▸ dah 'GRADUATE' dari KMM!! :) ... ♬
Saturday, May 5, 2012
♥ posted at: @7:44 PM


note : entry lambat publish due to no connection with internet. hee~ :P

26 April 2012. secara rasmi nya aku dah 'graduate' dari Kolej Matrikulasi Melaka. haa habis belajor pun den haaa. tapi resultnya belum tau lagi la kannn. hee.

dulu, masa mula-mula nak masuk KMM, siyes takuttt gilaaa. macam-macam aku fikir. rommate yang macam mana la yang aku dapat nanty. classmate oke ke x. pensyarah-pensyarah lak camne. boleh ke adapt kat situ. haha. biasalah, budak baru habis zaman sekolah kannn.

haaa masa minggu orientasi tu, siyes rasa penat gilakkkk. pastu rasa xselesa bila masuk bilik kena kongsi ngan orang lain. yela, aku kan selalu sorang-sorang kalau kat rumah. so, bila dah ramai-ramai, of course rasa xselesa kan. tapi sekarang nie, bila dah balek rumah, rasa sunyi pulak. hmm. rindu nak dengar gelak-gelak kak ros, kinah and tirah. rindu nak tengok movie ngan dyeorang. terutamanya bila tengok citer hantu. haha. mesty aku yang dapat 'seat' depan sekali. sebab dyeorang semua takuttttt.

 my roommate!!


haa tak lupa jugak, budak-budak bilik depan tu, alia and farah. same jeee ngan roommate aku. nak tengok citer hantu tapi tutup ngan bantal. yang kinah pulak memang tak kan tengok langsung. nak tengok citer-citer cinta jep macam citer Azura tu. harap muka je 'lagend', tapi dalam hati ada taman. hahaha. siyes doe, rindu korang sangat-sangat. aku minta maaf la kalau aku selalu tak de dalam bilik sangat. but it cant be helped. aku kan memang suka jalan-jalan. bak kata kinah yang dye conteng kat dinding aku tu kann. heheh. tapi siyes aku bersyukur sangat dapat korang as my roommate selama setahun nie. ohh ohhh plus sorang lagi member searas aku, Maliki. haha. minah yang selalu panggil katun tuu. suka ngendeng-ngendeng kat kinah. kalau dye buat kat aku mesty aku jerit nama kinah. heheh.

haaa kalau nak citer semua benda pasal roommate aku memang tak kan habis. next, pasal classmate pulak. ada my hubbyyyyy *hehe. gedik!* , yaya, shafiq, chaom, dan arie. ramai lagi tapi tu la yang paling aku rapat. kenangan yang paling aku tak boleh lupa yang kita semua keluar overnight kat melaka. masa tahun baru tu. siyes doe, tu kenangan paling manis bagi aku. first time, dapat overnight ngan korang, first time pergi A Famosa, dan yang paling penting, first time dapat lamaran dari DIA. heheh. 01 Januari 2012 kan dear? :) haa, lupa lak, masa keluar tu ada lagi member-member yang lain, termasuk la 2 minah yang aku kenal dari sekolah tu. hahah.

 waktu celebrate New Year!



waktu KOKO!

haaa, kenangan lain, masa makan-makan time koku. lepas makan, kita semua main lari-lari kat padang, main tepung. haha. time tu yang main pun member-member rapat aku tu je. yang lain tak nak involve. tapi ape kteorang kesah kannn. yang penting have funnnnn!


surprise party untuk aku!


dan kenangan yang terbaru nie, korang buat surprise birthday party untuk akuuuuu! siyes terharu doe. sampai tak terkeluar air mata. hehe. korang buat awal kan 15 April 2012 aritu. sebab birthday aku lepas kita dah keluar dari KMM. thankz a lot guys! exspecially my dearest love, Amar Aizat Bin Rozali. dye yang arranged kan semua tu. pakat-pakat ngan member-member yang lain. termasuk la best friend aku dari zaman sekolah. pakat-pakat sampai kena marah. haha. padan muka. aku kan nenek garang, bak kata myn punn.

banyak lagi yang aku nak cerita. tapi tak pe la. semua tu aku simpan dalam memori dan kenangan terindah dalam hidup aku. aku bersyukur sangat dalam kawan-kawan baru kat KMM nie. jumpa ramai yang datang dari luar melaka. macam-macam perangai tapi kita tetap kawan kan? harap sangat friendship tak kan terputus. tapi kalau terlost contact jugak, nak buat camne kan. yang penting aku tak pernah lupakan korang semua.

Kinah, Kak ros, Tirah, Alia, Farah, Maliki, Nadiah, Mira, Kembar, Karimah, Yaya, Shafiq, Chaom, Arie, Anis my bear, Baby, Aina, Hadi, Mus, Myn, Fikri Arif, Uber, Changok, Pokwang, Cisko, Haziq, Kak Lin, dan semua yang lain, TERIMA KASIH KERANA TELAH MEWARNA-WARNIKAN HIDUP AKU. AKU DOA KAN KORANG SEMUA BERJAYA DALAM HIDUP MASING-MASING. ALL THE BEST GUYS!! insyaAllah kita akan jumpa lagi. :)

dan akhir sekali, untuk yang tersayang aku, *haha. mesty dah muncung tu sebab nama dye tak de. wekkk!* encik Amar Aizat bin Rozali, TERIMA KASIH KERANA TERLAH MENJADI MENTARI YANG MENYINARI HIDUP SAYA SELAMA SETAHUN SAYA DI SANA. DAN HARAPNYA IA AKAN BERKEKALAN UNTUK SELAMA-LAMANYA. INSYAALLAH SAYA AKAN JADI YANG HALAL UNTUK AWAK KAN? saya tunggu. :)

aku rindu korang semua! jaga diri oke? :')

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011