▸ raya tetap raya tak kira apa pun. tak gitu? ... ♬
Wednesday, August 15, 2012
♥ posted at: @9:01 PM


as you know,  R A Y A  Aidilfitri tak lama je lagi nak datang bertandang. so, persiapan raya korang camna? dah siap semua?

persiapan raya aku? jap buat list ehh.

baju raya 
kasut raya
beg raya
Langsir
kuih raya
pasang pelita
cat rumah

haa tu je lah kot persiapan raya aku. simple mimple. but seriously, mood raya semakin hilang bila makin D E W A S A  nie. ehem. 'dewasa' lah sangat Zaty. tapi dalam nan hado mood raya aku tu, buat jugak semua persiapan raya tu. hampeh. haha.

alaa buat persiapan yang wajib je pun. kang kalau orang datang beraya ko nak aku hidang kan hape? -,-

maybe mood raya tu makin hilang sebab, bila dah  B E S A R  nie, peratusan untuk dapat duit raya tu adalah dalam 0.00001%. huwaaa. kadang-kadang jeles tengok budak-budak kecit yang belum tau guna nilai mata wang tu haa.

second, aku dengan sedara-sedara makin renggang. tak macam masa dolo-dolo. sekarang kalau sepupu balik pun masing-masing buat hal masing-masing. nak dok bergossip lepak-lepak pun macam tak kena jep. nak ajak main mercun+bunga api semua dah besar. dah tak minat kan. ada sorang cousin aku yang paling rapat ni pun dah menghilangkan diri. haih. aku harap sangat dia balik raya ni.

next, my grandpa and grandma semua dah tak ada. so, rumah kat kampung tu dah runtuh pun. bermakna, tiada lagi istilah balik kampung dalam hidup aku. sebab sekarang ni rumah aku tu la jadi 'kampung' untuk semua family aku. bayang kan rumah teres tu jadi kampung. tak de feel kott.

to be truth, raya aku akan meriah bila aku dengan member-member je laa. baru la havoc! soooo, mana-mana member aku yang balik kampung tu, jangan la lama-lama sangat seyh. kesian kat aku ni haa. nak balik rumah mak mertua belum boleh lagi. dok la tercongok kat Taman Kelubi Damai tu haa. haha.

apepun selamat beraya la korang ye. ini ucapan belum officially lagi sebab belum raya lagi kann. sabor nak sabor. =P



◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011