▸ aku.. dia & kamera ... ♬
Monday, December 21, 2009
♥ posted at: @2:36 PM


ohh ohh arinie aku nk join contest tulis cerpen oke.. ahakz! mcm ade bakat jerk..=_=" alaa aku join suke2 jewp.. lepas 2jam30minit ngadap bende alah nie mlm td,akhirnye siap gak.. hee~

aku dpt tau psl contest nie drpd ownernye sndri di ohDawie.com.. sape2 nak join klik SINI oke..

oke,nie cerita aku...


AKU... DIA & KAMERA

sudah 7 tahun aku tidak menjejakkan kaki di tanah air ku ini.. semata2 ingin mengejar impianku;menjadi seorang doktor pakar,aku menyambung pelajaran di australia.. kini,aku kembali.. aku sudah pulang untuk menyemai bakti di tanah airku ini..

"Encik.. kita sudah sampai.." teguran dari pemandu teksi mengejutkan aku daripada lamunan.. setelah membayar tambang yang dikenakan,aku keluar dan menjejakkan kaki di tanah kampungku ini..aku menghirup udara bersih dan nyaman sedalam-dalamnya bagaikan ingin membersihkan paru-paru ku yang selama ini dicemari udara kotor di sana..

ahh.. aku sudah pulang!!!! jerit hati ku.. tidak sabar rasanya aku melihat wajah-wajah terkejut keluargaku dan orang kampung yang lain.. kerana kepulanganku ini dirahsiakan.. saja ingin membuat surprise.. hehe.. hati ku juga berbisik, apakah khabar si dia?

"Assalamualaikum!" dengan penuh debaran aku memberi salam..

"waalaikumussalam.. ehh,dawie?? ya Allah,dawie anak mak??" ibu terus memelukku dengan erat sekali.. dia seperti tidak percaya aku sedang berdiri di depan matanya.. terus dipanggilnya seisi rumah maka gamatlah pada petang itu dengan kepulanganku yang mengejut nie.. yang pasti,teruk juga aku kena marah kerana tidak memberitahu aku akan pulang ke malaysia..

esoknya,pagi-pagi lagi ibu dan ayah mengumumkan mereka ingin mengadakan kenduri kesyukuran kerana aku sudah tamat belajar dan sudah pulang ke sini.. satu kampung dijemput hadir.. berita kepulanganku bagaikan pisang goreng panas,sekejap sahaja sudah heboh satu kampung..

almaklumlah, aku merupakan satu-satunya anak muda dari kampung kecil nie yang berjaya menyambung pelajaran di luar negara.. sudah tentulah aku menjadi kebanggaan mereka.. dan ramai jugalah makcik-makcik menyimpan hasrat ingin menjadikan aku menantu mereka.. hihi..

namun.. tu semua aku tak ambil pusing.. dalam hatiku sudah ada si dia.. dulu, kini dan selamanya..

**************

di kenduri yang diadakan khas untuk aku tu,aku dapat bertemu semula dengan rakan-rakan zaman persekolahanku.. majid, shuk, erynn, anis dan ramai lagi lah.. namun dalam ramai-ramai tu,aku masih dapat melihat wajah ayu si dia yang merenung aku dari jauh.. mungkin dia segan ingin menegurku di hadapan orang ramai.. meskipun dari jauh,aku masih dapat melihat senyuman manisnya hadiah untuk kepulanganku.. itu pun sudah cukup melepaskan kerinduan selama 7 tahun nie..

"ko nie dawie memang lah.. balik bukan nak bagitahu.. tup-tup je dah terpacak kat kampung nie.. nasib baik aku belum balik ke bandar tau tak.. kalau tak,tak dapat la nak jumpe ko.." itu lah ayat yang selalu aku dengar sepanjang hari nie..

"alaa.. aku bukan ape.. aku saja je nak kasi surprise sikit kat korang suma.. hehe.." dan itu pula lah jawapan yang akan aku beri.. antara soalan lain yang keluar dari mulut mereka..

"ehh ko balik sorang je ke? aku ingatkan bawak balik sekali calon isteri dari sana.. minah salih kat sana kan cun-melecun.. kalo tak untuk ko,bawak lah untuk kiteorang yang single lagi nie ha.. hehehe.."

"haha.. ntah la.. bukan taste aku kot.." taste aku gadis kampung.. yang suci.. yang ayu.. macam dia.. sambung ku namun ia hanyalah monolog di dalam hati saja..

**************

kamera Sony DSLR tidak lekang dari tangan ku.. kini baru aku sedar kampung kecilku ini mempunyai permandangan yang sangat indah.. di sini, aku jauh dari kebisingan, kesesakkan dan gejala sosial yang sering menjadi santapan mataku sepanjang aku belajar di oversea.. di sini cuma ada sawah padi yang luas.. dan itu sudah cukup membuatkan aku tenang..

bagai ingin melepaskan rindu,aku akan mengambil gambar dengan cameraku pada bila-bila masa dan daripada pelbagai sudut yang aku rasakan menarik.. bahkan perlakuan orang kampung di pasar turut aku pahatkan dalam memori cameraku..

namun yang pasti.. kebanyakkan masa,aku memburu gambar wajah dia.. wajah ayunya ketika pergi ke pasar.. wajah ayunya ketika pergi mengambil air di perigi.. wajah ayunya ketika berbual bersama rakan.. dan yang paling aku suka,wajah ayunya ketika duduk termenung di tali air sambil memandang matahari terbenam..

bagiku,itulah gambar tercantik yang pernah aku ambil.. itu juga lah gambar yang selalu aku renung setiap malam.. ya! cinta yang aku pendam sejak di bangku sekolah belum pernah terpadam.. aku cinta dia!

**************

"Assalamualaikum.. hai awak.." teguran dia di suatu petang sangat mengejutkan aku..

"Walaikumussalam.. err hai.. ape awak buat kat sini?"

"saya baru balik dari kedai tadi,lalu kat sini.. ternampak awak.. jadi saya tegurlah.. kenapa,tak boleh ka?" ahh.. aku sangat-sangat merindui suara merdu itu..

"ehh tak lah.. mestilah boleh.."

"erm.. saya selalu nampak awak ambil gambar di sekeliling kampung.. mesti cantik kan.. boleh saya lihat?" katanya sambil merenung kamera Sony DSLR di tanganku..

"err.. err.. nak tengok gambar yang saya ambil?" alamak.. mane boleh bagi dia tengok.. dalam memori nie ada gambar dia! keluh hatiku..

"kenapa,tak boleh ya? erm.. kalau macamtu,tak apa lah.. saya balik dulu.." dia sudah mula mengangkat punggung tanda ingin beredar dari sini.. sedangkan aku masih lagi ingin bersamanya.. akhirnya...

"ehh awak! tunggu dulu.. sudah tentu awak boleh lihat.. nah.." tahanku sambil menghulurkan kameraku kepada dia..

"betol nie? wahh.. sukanya saya.. ini pertama kali saya pegang kamera semahal ini taw.." alangkah bagus jika wajah gembiranya di sampingku ini dapat aku jadikan memori selamanya di dalam kameraku seperti gambar-gambarnya yang lain.. ini lah kali pertama aku dan dia berada sedekat ini setelah 7 tahun berlalu.. aku sungguh bahagia!

"ehh awak.. nie gambar saya kan??" hmm.. akhirnya kantoi juga aktiviti gelapku..

"erm.. ya.. itu gambar awak.. banyak lagi gambar awak yang saya ambil dan saya jadikan peneman di malam hari.."

"tapi.. kenapa? kenapa awak ambil gambar saya? adakah awak...."

"saya mencintai awak.. seteguh 7 tahun yang lalu.. setiap saat yang berlalu,hanya nama awak yang menjadi ingatan saya.." akhirnya segala yang aku pendam selama ini,terluah juga.. aku puas! aku lega.. namun,aku juga bimbang..

"awak terlambat.. jika itu yang awak ucapkan sebelum awak pergi 7 tahun yang lalu,saya sudah pasti akan menunggu awak.. tapi awak mengucapkannya sekarang.. saat saya sudah hampir menjadi milik orang lain.. maafkan saya.." menitis air matanya ketika menyebut setiap kata-kata itu.. bagi aku pula,duniaku yang indah tadi,bertukar menjadi gelap!

"ape maksud awak?" suaraku sudah mula bergetar menahan sebak..

"saya.. sudah pun menjadi tunangan orang.. dan kami akan bernikah pada bulan hadapan.. maafkan saya,saya perlu pulang ke rumah sekarang.. tak manis jika tunangan orang berdua-duaan dengan lelaki lain.." dia sudah mula melangkah apabila aku terduduk menangisi kebodohan aku memendam perasaan terlalu lama.. dan sekarang,aku sudah terlambat!

"awak.." tiba-tiba langkah dia terhenti.. aku memandangnya.. tepat pada matanya..

"mungkin saya juga bersalah kerana tidak berterus-terang 7 tahun yang lalu.. tapi, saya mahu awak tahu, selama 7 tahun ini nama awak yang sentiasa berada dalam doa saya.. dan setiap kali saya bernafas, hati saya memanggil awak.. saya terlalu mencintai awak.. namun, semuanya telah berakhir.. maafkan saya.. selamat tinggal.."

kami saling mencintai.. selama ini kami saling memendam rasa.. namun,ianya tidak terluah ekoran rasa malu dan takut yang menebal.. dan kini.. aku hanya mampu mengambil gambarnya dari belakang sahaja tatkala dia melangkah pergi.. gambar itu adalah gambar yang paling hambar dan menyedihkan..



*******************

sebulan telah berlalu.. aku sudah dapat pekerjaan di bandar.. impian yang selama ini aku mimpikan kini menjadi kenyataan.. dan dia pula.. sudah bersiap sedia untuk menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki.. aku redha.. dia bukan jodohku..

aku dengan rela hati menawarkan diri untuk menjadi jurugambar pada hari perkahwinannya.. dia kelihatan terkejut namun masih mampu bertenang.. aku cuma ingin dia tahu aku sudah dapat terima kenyataan dan hanya inginkan dia mengecap kebahagiaan walaupun bukan bersamaku.. aku juga ingin kameraku yang pernah dia sentuh dahulu menjadi saksi perkahwinannya..

kini.. aku menatap gambar-gambar wajah bahagianya.. gambar-gambar itu sungguh cantik.. dan aku akan simpan buat selama-lamanya.. seperti mana aku menyimpan kenanganku bersama dia..

kameraku menjadi lambang kisah aku dan dia..

**********************

kisah aku, dia dan camera tamat..



oke,aku buat cerita nie suke2 jewp.. xde kene-mngene ngan yg hidop atau yg dah mati.. xtau la ape pndapat korg psl cerpen nie.. mungkin borink..? hee~ i'm beginner oke.. sorry..

k,chow!=)

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011