▸ al-Fatihah untuk arwah Ahmad Sarhan. kpd Kak Eyha, tabahkan hati mu. ... ♬
Monday, March 15, 2010
♥ posted at: @12:26 AM


Iskandariah 12 Mac – Seorang pelajar Malaysia dipercayai jatuh daripada tingkat empat sebuah bangunan apartment malam tadi. Mangsa merupakan pelajar jurusan perubatan Tanta dikatakan datang ke Iskandariah untuk tujuan ziarah. Pegawai MARA dan JPMK bergegas ke tempat kejadian setelah dihubungi. Pihak berkuasa Mesir sedang menjalankan siasatan dan punca sebenar kejadian masih belum diketahui. Saksi kini sedang berada di balai polis untuk memberikan keterangan.-mediaPERUBATAN

Update: Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah jatuh daripada tingkat empat. Jenazahnya ditempatkan di Mustashfa Mashrahah (Hospital Mashrahah). Ahmad Sarhan merupakan pelajar tahun satu jurusan perubatan Univeriti Tanta. Pihak kedutaan sedang menguruskan urusan penyempurnaan jenazah mangsa.

Saksi-saksi kejadian kini berada di balai polis untuk membantu siasatan. Turut hadir di balai polis malam tadi; Ustazah Nor Zakiah dan Ust. Sukimi, Pegawai JPMK Iskandariah dan Tuan Haji Idris, Pegawai MARA Iskandariah, Ustaz Fairuz Tamjis, Ustaz Khairul Nizam dan beberapa orang wakil PCI; Saudara Abdul Rahim Suhaini, Muhammad Hafidzuddin Abd Razak, Qamarul Azwan Kamaluzaman dan Muhammad Hafiz Zaini. Pengerusi PERUBATAN Tanta, Saudara Azhan dan Ustaz Muiz, Presiden PMRAM sedang dalam perjalanan ke Iskandariah.

Pihak PCI merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan atas ujian yang dihadapi. Semoga roh allahyarham Ahmad Sarhan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. -mediaPERUBATAN



ya Allah.. dah empat hari berlalu, and baru sekarang aku sedar yang abg aku dah pergi untuk selama-lamanya.. memang, aku ngan arwah bukan adik-beradik kandung.. tapi, aku dah anggap arwah macam abg kandung aku sendiri.. saat aku jatuh, saat aku sedih, arwah selalu ada untuk bagi aku semangat.. bahkan, aku belajar sekarang pun sebab aku nak ikut jejak langkah arwah, nak sambung study kat mesir..

aku betul-betul terkejut sekarang nie.. aku nak sangat contact Kat Eyha.. ya Allah, macam mane lah keadaan akak, keadaan family arwah? diharapkan mereka semua tabah hadapi ujian nie.. Kak Eyha, adeq harap sangat dapat contact ngan akak.. adek nak dengar sendiri berita nie daripada akak.. tapi, tu pun bila akak dah ready oke.. adek tunggu..

arwah , meninggal dunia 11 MAC 2010 yang lepas.. arwah meninggal mase tu.. dan aku? aku sedang berseronok kat sini.. ya Allah, Kau maha Berkuasa.. sesungguhnya ajal maut di tangan-Mu.. aku baru je borak ngan arwah minggu lepas.. tanye bila arwah nak balek.. sekarang? arwah dah xkan balek untuk selama-lamanya.. ='(

aku cuma dapat berdoa semoga arwah Ahmad Sarhan akan ditempatkan bersama2 orang yang beriman.. semasa hidup, arwah seorang yang sangat2 baik.. aku pasti ramai yang menyayangi arwah.. namun, Allah lebih menyayanginya.. dan aku, aku akan teruskan apa yg pernah arwah pesan.. aku akan berusaha dan akan belajar sampai aku dapat jejakkan kaki di tanah bumi mesir seperti arwah..

diharapkan sesiapa yang beragama Islam, tolong lah sedekahkan al-Fatihah untuk arwah..

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011