▸ realiti yang kosong ... ♬
Saturday, March 6, 2010
♥ posted at: @6:31 PM


helo dunia realiti..

ohh kadang2 aku benci dunia realiti.. ia menyakitkan! ia membosankan! dan kadang-kala ia seakan-akan kosong.. aku xtahu ape yg patut aku lakukan dalam dunia realiti ku ini.. aku berjalan, aku melangkah tanpa sebarang arah tujuan.. hanya kaki aku yg melangkah.. namun, hati ku masih tersekat,terhenti di mana ntah..

hmm.. aku memandang sekeliling.. ya, ada manusia.. mereka berkata-kata.. namun, bukan pada ku.. ahh aku diperlakukan seperti tunggul.. seperti tidak punya hati dan perasaan.. aku benci realiti ini! aku ingin memanggil mereka.. namun, suara ku tidak terkeluar.. hmm.. realiti ku masih kosong..


aku berjalan lagi.. aku bertemu seseorang yg menghulurkan harapan.. harapan untuk menarik ku dari realiti yg tidak bermakna ini.. ahh aku terlalu naif ketika itu.. aku menyambutnya dengan sepenuh hati.. saat aku hampir menyentuh harapan itu, saat aku mulai dekat pada hatinya, dengan pantas dia menarik kembali harapan itu! dia berlari meninggalkan aku.. aku terkesima! aku jatuh terduduk.. aku menangis! aku ingin memanggilnya.. aku hanya ingin memintanya menyelamatkan aku dari dunia realiti yg kosong dan memeritkan ini.. namun, sekali lagi,suara ku tersekat.. aku tertewas..

aku mencuba untuk bangun, untuk bangkit.. amat payah sekali.. namun, aku cuba! aku mula menipu bahawa diri aku kuat.. meskipun begitu, penipuan itu jugalah yg membawa aku melangkah semula.. aku berjalan lagi di atas dunia realiti ini.. aku ingin mengetahui maknanya sebuah kehidupan..

aku masih berjalan.. aku tidak tahu bila aku akan berhenti.. yang pasti nya, aku masih belum dapat menemui erti kehidupan ku.. dan, hati ku telah menjadi beku untuk menerima sebuah harapan daripada seorang manusia.. meskipun aku akan bertemu dengan pelbagai rintangan dan cabaran.. namun, aku akan terus menipu diriku bahawa aku kuat! aku tak gentar! walaupun ia sekadar penipuan diri sendiri, bagi ku, ia cukup untuk aku terus berjalan di atas dunia realiti ini..

adakah esok masih ada untuk aku meneruskan perjalanan?

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011