▸ Tolong aku. ... ♬
Thursday, February 3, 2011
♥ posted at: @9:40 PM



hidup. heh. kau bangga yang kau masih hidup? sampai kau lupa yang hidup tu satu pinjaman dari Allah? satu pinjaman yang bila-bila masa je boleh ditarik balik. aku yang lupa. aku yang lalai.

ayah aku baru je meninggal petang tadi. tanpa disangka-sangka. tak ada langsung tanda-tanda dia akan pergi. dan akhirnya, dia pergi jugak buad selama-lamanya.

masa aku dapat berita tu aku tenga sedap-sedap on9, denga lagu, nyanyi-nyanyi. then tiba-tiba adik aku text kata 'papa masuk hospital'. erk. aku balas dengan soalan ikut protokol 'bila? papa sakit apa?'. then, aku sambung nyanyi-nyanyi lagi. kali nie lagi seronok aku siap menari-nari lagi. heh.

tiba-tiba adik aku suruh call. so aku call. dye dah nangis-nangis and kata 'papa dah takde.' huh? papa dah takde. aku ulang ayat tu dalam fikiran. timbul satu persoalan. sedihkah aku? kenapa tak ada setitik pun air mata yang keluar?

aku.. aku tak mampu menjawab persoalan tu.

yang aku mampu hanya menenangkan adik aku. serius, aku tak paham perasaan adik aku yang kehilangan ayah tu. padahal ayah dye merupakan ayah aku juga. *sigh*

dalam banyak-banyak anak ayah aku, aku lah yang paling malang. aku lahir je, dye terus buang aku - bercerai ngan mak aku. sampai lah aku 15 tahun, baru aku jumpa dye. dye tak pernah sekali pun curahkan kasih sayang seorang 'ayah' kat aku. cuma duit kiriman setiap bulan sebagai tanpa aku masih ada ayah.

bulan lepas, cuma sebulan aku sempat tinggal dengan dye. itu pun, aku masih rasa seperti orang asing dengan ayah aku sendiri.

bila dye meninggal dunia, aku masih ketinggalan. aku tak dapat bercakap ngan dye buad kali terakhir. tiada pesanan terakhir untuk aku. dan aku tak dapat hadir sama dalam hari pengebumian dye esok. dye dikebumikan jauh dari aku. heh. aku lahir, dye tiada. dye meninggal, aku tiada.

tolong aku, sedekahkan doa dan Al-Fatihah untuk arwah ayah aku. trimas.

p/s : jauh.. jauhh di satu sudut hati aku, aku rasa sakit. aku rasa pedih. itukah rasa sedih aku? ia terlalu jauh hingga aku tak mampu mengeluarkannya. *sigh*

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011