▸ bye bye February and ohh hye hye March.! ... ♬
Monday, February 28, 2011
♥ posted at: @11:39 PM



ohh yea, dah lama aku meninggalkan rutin mencoret kisah hidup aku di sini kan. kehidupan harian aku macam biasa. bangun pagi, pergi kerja, balik, tido. amat bosan. amat letih. lebih letih kalau perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia.

bulan baru, hidup baru? TAK. bulan baru, hati baru? TAK juga. haih. aku penat lah tiap-tiap hari bawa hati yang penuh dengan masa silam yang sentiasa jadi hantu dan kejar aku tanpa henti. lupakan.. tolong lah. berikan hati yang baru. P L E A S E ?

tadi, aku baru dapat berita pasal kawan aku eksiden dan koma sekarang nie kat hospital. selalunya bila aku dengar berita macam tu, aku akan tanya, "sakit ke masa eksiden tu?" , "mana lagi sakit dengan masa patah hati?" , "koma? em, macam mana rasanya jadi koma? kita tak dapat berinteraksi dengan orang sekeliling walaupun setiap kata-kata mereka dapat difahami dengan jelas." dan last sekali aku akan kata, "aku teringin nak koma. dan aku tak nak bangun lagi."

aku teringin koma. aku lagi teringin hilang ingatan. ia bagai berikan aku satu peluang baru untuk mulakan hidup baru. aku lupakan masa silam. yang ada hanya masa depan yang jauh, sempit dan gelap..

akhir kata, selamat datang bulan baru.

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011