▸ bibir tersenyum, hati menangis. :') ... ♬
Friday, October 28, 2011
♥ posted at: @11:11 PM


kau pernah alami tak situasi nie ?

kau perempuan dan kau jumpa seorang lelaki. kau dan dia jadi kawan baik dalam sekelip mata . bagaikan ada chemistry antara kau dan dia. selalu gaduh-gaduh, ada drama sebabak merajuk dan dipujuk setiap hari. orang sekeliling consider korang couple tapi syg, TAK jawapannya kerana dia sudah berpunya. dan kau sedar hakikat tu. hati kau masih mengatakan "Antara kami hanya ada istilah 'kawan baik' dan noktah."

kau dan dia bukan sahaja kawan ketika gembira. gelak-tawa. tapi.. dia sentiasa ada ketika kau menangis pukul 2 pagi. dan kau juga sentiasa ada ketika dia menangis even masa tu kau tengah syok shopping. dan saat kau dengar dia menangis, merintih kesakitan disebabkan problem dengan awek dia, tiba-tiba air mata kau juga mengalir. kau rasa kesakitan yang sama. hati kau bertanya "kenapa menangis?" .

kau duduk di dalam bilik seorang diri, kau berfikir. kenapa? kenapa? kenapa aku sakit bila dia sakit? fikiran kau menerawang ke kenangan-kenangan yang lepas. kau ambil diari, kau catit satu-satu kenangan manis antara kau dan dia. kau senyum. kau gelak. fikiran kau kini penuh dengan nama dia. dan bila kau baca semula diari itu, kau sedar, dalam diam dia kini menjadi dunia kau. setiap saat kau bersama dia. tanpa dia, kau bagaikan tidak lengkap.

kau teringat, dulu pernah ada orang pernah kata kat kau, "kau dan dia hanya kawan baik? tak mungkin. kau fikir semula, ada ke kawan baik yang text siang-malam macam bf-gf? ada ke kawan baik yang sentiasa berkepit ke mana-mana sahaja. ada ke kawan baik date? kau dan kawan baik perempuan kau, buat perkara-perkara begitu? kalau ya, memang antara kau dan dia hanya kawan baik. tetapi kalau tidak, antara kau dan dia ada yang lebih. maka berhati-hati lah. jaga lah hati kau baik-baik. takut terluka nanti kerana dia sudah berpunya. jangan lupa hakikat itu." ketika itu, kau hanya senyum dan jawab, "kami hanya kawan baik. tak kan pernah lebih."

kau diam. kau teringat tangisan dia. hati kau kata, "SAKITTT! jangan ingat lagi." air mata kau mengalir tanpa paksaan. otak kau mula mencerna pertanyaan yang selama ini tersekat, "adakah aku sudah terjatuh cinta padanya?"

berhari-hari kau fikir tentang soalan dari otak itu. dan akhirnya hati kau mengakuinya. life kau dan dia still sama. gelak-tawa, rapat, ada gelaran dari rakan-rakan lain. dia istimewa bagi kau. dan kau juga istimewa bagi dia. tapi... apakah dia merasakan apa yang kau rasa? satu lagi persoalan timbul. kini, hati kau tertutup untuk lelaki lain. kau jadi buta. kau hanya nampak dia seorang saja.

kau gembira bila dia gembira. itu yang kau pegang. sebab itu kau mampu bergelak-tawa ketika dia bercerita tentang kebahagiaan dia dan aweknya. tapi... sampai satu ketika, hubungan mereka goyah. aweknya tahu tentang kewujudan kau sebagai kawan baiknya. awek dia tak suka. mereka sering bergaduh disebabkan kau. ye, puncanya KAU.

kau katakan pada dia, kau rela pergi. kalau itu dapat berikan ketenangan dalam hubungan mereka. saat kau katakan ayat itu, "hati kau merintih mengatakan tidak. aku tak mampu hidup tanpa kau." tapi.. mulut kau tegar mengeluarkan ayat itu. dan dia? dia mengatakan tidak. dia tidak akan korbankan kawan baiknya. lalu hubungan dia dan aweknya putus atas kehendak aweknya. kini, tinggal kau dan dia. ohh lupa pula, saat ini, dia telah tahu tentang perasaan kau terhadap dirinya.

setelah hanya tinggal kau dan dia, dan tiada lagi aweknya, kau dan dia semakin rapat. terlalu rapat. hinggakan kau dan dia telah pergi terlalu jauh dari status 'kawan baik' tu. tapi, masih belum mencapai status couple. ahh status couple itu tak penting. yang penting, dia mengakui perasaan syg dia pada kau telah lama wujud. ia wujud sejak kau sentiasa ada ketika dia perlukan seseorang untuk mendengar masalah dia, memujuk ketika dia bersedih, menjaganya ketika dia sakit dan menangis ketika dia menangis. dia sayangkan kau.

kini, perasaan sayang telah wujud di hati dia dan di hati kau. kau dah tak payah layan lagu Kangan Band - Pujaan Hati tiap malam sebelum tidur. bahkan ia bertukar dengan lagu Dua Insan. ahaha. kau rasa bahagia ! kau senyum ! Kau gembira ! wajah kau dikatakan berseri-seri even waktu baru bangun tidur.

dia berikan harapan yang sangat-sangat tinggi pada kau. selama dua minggu, kata-kata sayang itu bermain-main di bibir kau dan dia. kau merasakan bahagia yang teramat sangat. tapi.. dalam masa yang sama, kau rasa takut. bila semua berjalan lancar dan kau merasakan bahagia yang tak pernah kau dapat sebelum nie, tiba-tiba rasa takut. macam ada sesuatu yang akan berlaku.

then, satu hari, dalam satu hari je segala harapan yang diberi oleh dia ditarik kembali. dalam sekelip mata, honeymoon 2 minggu kau dan dia berhenti pada hari itu. awek dia kembali. dia baca blog awek dia yang menunjukkan awek dia terseksa kat sana sebab kehilangan dia. lantas rasa bersalah menggunung dalam hati dia. dan apabila dia memandang kau, dia menangis. menangis kerana rasa bersalah meninggalkan awek dia dan rasa bersalah kerana telah memberi harapan tinggi pada kau.

saat itu, dia terhimpit antara kau dan aweknya. cinta yang telah bersemi dihati selama setahun lebih bersama aweknya tak mungkin dapat dibuang begitu sahaja. tapi.. rasa sayang pada kau yang makin hari makin kuat juga tak mungkin disia-siakan. kini, hati kau, hati dia dan hati aweknya sama-sama sakit.

kau rasa bersalah. kau rasa semuanya berpunca dari kehadiran kau dalam hubungan mereka. kau rasa ingin undurkan diri. kau ingin pergi. tapi.. kaki kau tak mampu melangkah. hati kau berat untuk melepaskan persahabatan dan rasa sayang terhadap dia. kau sakittt! kau menangis. kau rindukan saat-saat 2 minggu bersama dia. kau benci melihat dia terbeban dalam membuat pilihan antara kau dan aweknya.

akhirnya, dia meneruskan hubungan dengan kau dan aweknya itu atas nama kawan. dua-dua dia sayang. dia tidak abaikan dua-dua. tapi... status couple tu tiada pada mana-mana pihak. dia kata, "siapa yang sabar dan sanggup tunggu, aku akan bersamanya. tapi, buat masa sekarang aku tak kan buat apa-apa pilihan. aku takut melukai dan dilukai. kita serahkan pada jodoh."

sekarang, beritahu aku, apa yang akan kau lakukan ? tunggu atau pergi ? dua-dua keputusan akan menyakitkan kan ?

ini jawapan aku,


◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011