▸ rain rain go away. give my rainbow back. or perhaps my new rainbow ? ... ♬
Saturday, November 12, 2011
♥ posted at: @11:01 AM



bila orang baca cerita aku, ada yang rasa sedih sampai nak nangis. ada yang gelak nak mati melihat kebodohan aku. ada pula yang annoy dengan betapa lemahnya aku. macam-macam kan? tapi, bila aku sendiri baca semula cerita aku, aku rasa kosong. sedih. kelakar, marah, semua tu tiada. mana pergi semua perasaan aku ?

kau tau, sekarang aku cuba dan cuba hidup tanpa dia. bila tengok cerita, ada something yang kelakar walaupun sedikit, aku akan gelak sepuas hati aku. heh. teringat pula aku dia selalu marah aku gelak lebih. kalau dia ada, mesti die akan kata macam ni, "lek ahh. gelak bia sikit je. tak boleh gelak lebih-lebih."

bila baca novel, ada part sedih walaupun sedikit, aku akan nangis sekuat hati. sampai aku lupa punca yang sebenar kenapa aku nangis. teringat aku, dia tak suka aku nangis. lepas aku nangis, mesti dia ejek mata aku bengkak macam mata panda.

bila aku bosan, aku keluar jalan-jalan kat mall. dia tiada pun disebelah aku. tapi kenapa aku nampak dia disegenap jalan yang aku lalui? dia di kedai tu. dia di tangga tu. dia di depan aku. dia disebelah aku. teringat aku, macam mana aku dan dia bergaduh di mall disebabkan benda kecil. aku hilang, dia cari. dia hilang, aku cari.

bila aku tengok wayang, aku rasa sejuk. aku suka pandang orang sebelah. kosong. kerusi sebelah aku kosong. teringat aku, betapa dekatnya wajah dia semasa duduk disebelah aku dalam panggung wayang tu. bila ada part yang agak 18sx, aku suka tutup mata dia. sekarang, mata siapa yang akan aku tutup?

dah penat, aku balik. naik teksi. aku rasa letih. aku rasa mengantuk. teringat aku, dulu ada bahu yang sedia jadi tempat aku sandarkan kepala. bau haruman bahunya tak kan pernah aku lupa.

sampai di rumah, aku terduduk. apa yang aku buat sepanjang hari nie? aku fikir. aku boleh buat semua perkara tanpa dia. secara fizikal, aku mampu. tapi.. kenapa hati aku masih lemah? kenapa fikiran aku sentiasa teringatkan dia? aku sibukkan diri dengan buat perkara tu semua. yet, I'm still stuck in 'that moment'. that lovely 2 weeks with him. that 5 month being friend with him. that every second I'm arguing and loving him at the same time.

mungkin.. bagi dia, dua minggu tu tak bawa apa-apa makna. tapi.. bagi manusia macam aku, dua minggu tu sangat berharga. tak mungkin aku lupa setiap perkara yang aku dan dia buat, setiap perkataan yang keluar dari mulut aku dan dia, setiap senyuman di wajah aku dan dia.

semua kenangan aku ada catatkan kat satu buku. buku yang cuma boleh dibaca oleh aku dan dia. heh. dulu lah kan. sekarang, tinggal aku sebagai penulis dan pembaca. tiada lagi dia. teringat aku, dia pernah kata, "nanti bila buku ni dah penuh, bagi kat saya. okey?" sekarang, bagitahu aku, macam mana aku nak penuhkan buku tu bila dah tiada apa lagi yang ingin aku tulis?

dia minta maaf kerana bagi harapan dan sekarang dia tarik kembali harapan tu. maaf.. aku memang terluka. tapi aku tak pernah terlintas marah, dendam, benci pada dia. jadi tak perlu untuk aku memaafkan dia. tapi.. luka nie tetap tak kan sembuh walau dengan berjuta kata maaf, kesal dari dia.

aku dah tak mampu nak berdiri disebelah dia. tiba masa untuk pergi. maaf, persahabatan kita pun berakhir di sini. cinta memang memerlukan pengorbanan kan? itu aku belajar dari kisah hidupku kali ni. ingat lah.. bila kau ingin menangis, pergi lah pada dia. aku tak kan pernah ada lagi.

aku cuba dan cuba hidup tanpa dia. ahhh, aku pasti boleh kan? semua akan okey. happiness will find me. aku percaya ayat tu. semua akan berlalu cepat.

nasihat aku, jangan cepat serahkan hati pada sesiapa pun. tak kira betapa lainnya dia dari yang lain, jangan cepat percaya. jangan jadi bodoh menunggu sesuatu yang kau dah tahu dari awal akan menyakitkan. bila orang hulurkan harapan, jangan terlalu lurus dan sambut huluran harapan tu.

akhir kata, jangan jadi seperti aku.

p/s : kalau lah dia baca post nie, jangan pernah fikirkan rasa bersalah kau pada aku. aku tak perlukan itu. kau teruskan hidup kau. dan aku pun akan teruskan hidup aku. teruskan kebahagiaan kau.

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011