▸ "Cinta itu tak kejam. Tapi, manusia yang tak tahu menghargainya." - Ombak Rindu ... ♬
Saturday, December 3, 2011
♥ posted at: @11:01 PM


tadi aku pergi watch movie. dalam movie tu ada dua watak perempuan yang merasai kesakitan yang sama dalam cara dan kisah masing-masing.



satu, seorang perempuan yang amat-amat mencintai seorang lelaki. dan walaupun lelaki itu sering membuat dia terluka dan menangis, dia tak pernah dan takkan pernah berhenti mencintai lelaki itu. setiap saat, jantungnya berdegup menyebut nama lelaki itu. dan akhirnya, segala tangisan, kelukaan dia terbayar apabila lelaki itu tersedar akan kesilapannya dan membalas cinta perempuan itu sepenuh hatinya.

dua, seorang perempuan juga yang mencintai lelaki yang sama sehingga menjadi cinta itu bertukar menjadi obses terhadap lelaki itu. perasaan sayang itu terlalu kuat. hingga setiap saat dia takut. takut akan kehilangan lelaki itu. "Cinta tak semestinya akan memiliki." mungkin dia terlupa akan kenyataan itu. tapi.. perlukah kita menyalahkan perempuan itu? sedangkan apa yang dia buat hanyalah mencintai lelaki itu. dan akhirnya, lelaki itu tidak dapat membalas cintanya. lalu, perempuan itu pergi.

heh. dalam setiap cerita, kisah hidup, pasti ada satu watak yang bahagia dan satu lagi akan menderita. dalam kisah ini, ada dua perempuan yang merasai cinta yang sama, kesakitan yang sama tapi.. pengakhiran yang berlainan.

dan aku? dimanakah aku? siapakah aku? watak yang mana untuk aku?

aku, perempuan yang hingga saat ini belum berhenti mencintai, menyayangi lelaki itu. masih tetap merasakan kerinduan yang teramat sangat terhadap dia. walaupun hakikatnya, dia telah banyak melukai hati aku. mata ini dah terlalu banyak mengeluarkan air mata demi dia. tapi.. tidak, aku belum lagi berhenti mencintai dia.

aku juga perempuan yang pergi itu. pergi setelah segala usaha, korban aku disia-siakan begitu sahaja. pergi aku membawa hati yang tertutup. ohh lupa, hati aku dah hancur dah pun. aku tiba-tiba menjadi jijik dengan kata-kata cinta, sayang, I love you yang sering couple-couple kat luar sana ucapkan. bagi aku, kata-kata itu dah jadi terlalu murah sekarang.

ya, aku hilang kepercayaan pada cinta. sama seperti aku hilang kepercayaan pada lelaki. dia yang terakhir aku percaya.

btw, movie yang aku tengok tu, Ombak Rindu. memang berombak-ombak la aku dalam panggung tadi. leleh jekk. tapi sikit je oke. haha. korang kenalah tengok movie tu. BEST !

p/s : but, aku still tak puas hati sangat kot dengan movie tu. macam feelingnya tak sampai. aku lagi suka Lagenda Budak Setan kot.

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011