▸ In love, we have to be like the most patient person in the world. ... ♬
Thursday, January 12, 2012
♥ posted at: @2:37 AM


aku ada sorang kawan. dia tengah alami perkara yang pernah aku alami. jatuh cinta pada best friend sendiri. kan aku dah kata, lelaki-perempuan tak kan boleh jadi bestfriend without lovey-dovey feeling nie. terima la fakta tu.

dia tak tahu apa perasaan 'orang tu' kat dia. dia takut nak express perasaan dia. so, dia pendam kan je. pendam dan pendam. orang tu pula macam main tarik tali dengan dia. ada masa macam bagi harapan. ada masa macam biasa jep. plus, dalam hidup 'orang tu', ada lagi sorang perempuan. lagi lah kawan aku tu was-was nak letak harapan.


sakit. memang sakit bila kita sayangkan orang yang tak pernah nak nampak value kita dalam hidupnya. sayangkan orang yang buta hati. tak kira apa pun pengorbanan kita, dia tetap tak nampak. yela, dah nama pun buta kan ?

tempat kawan aku sekarang ni aku dah penah duduk, dah pernah rasa dan aku rasa macam dah jadi 'queen dalam dunia cinta sebelah pihak' tu.

sekarang, kawan aku dah putus asa.

kawan, even kau kata kat aku kau redha. bagi aku tu bukan redha tapi pasrah. "redha tu ikhlas. pasrah itu menyerah." ingat ayat Ombak Rindu tu ? kau pasti kau ikhlas lepaskan dia? atau pun kau just give up? menyerah? pasrah?

dalam cinta, jangan ingat bila kita sanggup lepaskan orang tu, akan tunjukkan kita betul-betul cintakan orang tu. sebaliknya kalau kita betul-betul cintakan orang tu, kita tak patut menyerah. usaha lah. usaha yang aku maksudkan di sini, bukan memaksa orang tu balas perasaan kita. tapi usaha dengan berdoa, buat solat istikharah, hati tu kena kuat sayangkan orang tu, jangan putus asa dan SABAR.

sabar tu yang paling penting. sabar menyayangi si 'buta' tu. sabar menunggu cinta dia. sabar dalam melakukan sebarang pengorbanan yang mungkin takkan berbalas. sabar menahan kesakitan hati. dan akhir sekali sabar apabila dia tetap memilih orang lain dan berlalu meninggalkan kau.

aku buat tu semua. aku sabar. aku tahan. sakit yang aku alami hanya Allah yang tahu. tapi aku buat tu semua seikhlas hati aku. aku cintakan dia. dan akhirnya, aku dan dia bersama sekarang. tapi.. aku masih belum berjaya sepenuhnya. hubungan ni masih baru. banyak lagi rintangan yang belum aku hadapi. hidup aku masih lagi penuh dengan ketakutan. tapi patut ke aku biarkan ketakutan tu membunuh kebahagiaan aku? tak kan..

dan kalaupun pada akhirnya, aku dan dia berpisah, aku redha. saat itu aku betul-betul akan redha sebab aku dah pun berusaha sepenuh hati aku untuk bersama dia di dunia ini. if he's not meant for me in this world, I'll wait him at the heaven. bercinta dalam syurga lebih indah kan ? :)

akhir kata, kawan, hanya Allah yang mampu tolong kau saat ni. aku? aku hanya pendengar yang setia.

p/s : esok aku ada 2 kuiz. memang terbaikkkkkk. btw, result MUET dah keluar kan? ehem3 . -,-"

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011