▸ semester 2 pun bermula. ... ♬
Sunday, February 24, 2013
♥ posted at: @5:14 PM


Assalamualaikum..

hehehe. lama juga aku melupakan blog aku ni. last post still in 2012, post yang baru ni dah masuk tahun 2013. poyo zaty poyo. apa je nak diceritakan kisah hidup aku ni. tak ada yang menarik pun. lagipun aku sudah ada sebuah diari yang lebih private. cewah. zaman teknologi pun ada juga orang nak guna diari diari bagai kan.

hari ni 24 hb february eh? dah nak sampai hujung bulan dua pun. means, dah seminggu la aku mulakan semula hidup aku sebagai student untuk semester 2 ni. untuk seminggu yang pertama aku tersangat la busy. tersangat la malas. tersangat la lembik. tersangat la berkarat otak ni haa. mana tak nya, sebulan di rumah, otak aku hanya digunakan untuk memproses segala macam movie yang telah aku sedut sebelum bercuti. ohh ye, ia digunakan juga ketika aku belajar memasak. so, memang tak lah aku nak dapat jawab soalan-soalan fizik@math dengan resepi-resepi yang puan Salmah ajar tu kan. heheh. jawabnya, kena lah ringankan mulut untuk bertanya. hampeh kan, otak aku telah di'set'kan sejak sekolah bahawa 'aku belajar untuk exam. habis exam, delete delete delete.' at the end, the brain's memory 100% free space. hahah.


malam kedua kami pulang ke Batu Pahat 'tercinta' ni, 
"FUNFAIR TIME!"
hahahah. semangat ada waktu nak pergi je. bila dah naik yang 'pirate ship' tu, 
terus hilang semangat bagai bagai tu. heheheh.

untuk semester 2 ni, budak-budak under fakulti FSTPi including aku WAJIB berpindah ke kolej kediaman Taman Universiti. urghhh! give me back my KKPerwira! aku masih tak dapat terima kenyataan. tapi takpa lah. redha je la kan. KK yang ni okay je. tapi bermasalah tang air dan bas. by hook or by crook aku MESTI pandai-pandai adapt kan diri. well, roommate aku kali ni still sama dengan yang semester lepas. except ada masuk orang baru. eheh.


Ini adalah meja baru aku kat KKTU ni. kecik.
sebab tutak boleh nak hias macam meja aku sem lepas. 

wanna know something? for the whole week, semua orang dok bercakap tentang perpindahan budak-budak FSTPi ke kampus di Pagoh. kecoh sana. kecoh sini. termasuk lah budak kelas Fizik gunaan iaitu kelas aku tuh. lastly, baru kteorang dapat tahu bahawasanya, memang budak-budak FSTPi akan berpindah KECUALI yang under course Fizik Gunaan. ehehehe. bermakna aku tak perlu pindah. yayyy! ehh salah. Alhamdulillah. tapi kan, sebenarnya kalau jadi pindah pun aku tak kisah kot. err err kot okay.

so far, tu je lah yang berlaku dalam life aku. boring kan? well, I'm not a superstar. just a student in her learning to face the world. bye.

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011