▸ Let's move on ! ... ♬
Friday, November 18, 2011
♥ posted at: @5:41 PM



aku dah balik KMM. yes. dah sampai pun kat tempat nie. esok ada MUET. goshhhh. cuak giler kot. then isnin nanti mula la kelas untuk sem 2 aku. awal bulan 12 nanti keluar result final sem 1 tu. ya Allah, takut sangat-sangat. aku banyak main-main masa sem 1. jawab exam ritu pun macam hmmm ntah lah. tapi nak menyesal pun tak guna kan?

kalau lah pointer tak lepas 2 and aku kena tuka dari PST ke PDT, surely aku akan keluar dari matrik nie. dan kalau pointer lepas 2 tapi just cukup-cukup makan je pun, aku akan fikir-fikir jugak untuk keluar je. aku nak mohon UPU semula dan ambil course yang lari dari sains=sains nie semua.

aku dah mula terasa sains-sains nie berat untuk aku. bukan nak give up. tapi aku nak cuba cari rezeki aku kat dalam bidang lain. lagi pun.. hati aku dah tak de kat matrik nie. so, aku nak keluar pergi mencari hati aku kat tempat lain. ye, aku mengaku, 'dia' salah satu sebabnya aku nak keluar.

mungkin ada orang akan kata aku bodoh sebab nak keluar dari metrik dan sambung mula dari diploma balek. biar lah aku lambat sedikit dari kawan-kawan aku yang lain. yang penting aku boleh bawa course tu. daripada aku belajar gila nak mati kat sini then keluar dengan result yang hampeh juga.

ya Allah.. Kau bimbing lah aku dalam membuat keputusan yang terbaik untuk masa depanku. jauhkan lah diriku daripada perkara-perkara yang melalaikan. jangan biarkan diriku hanyut lagi dalam hal-hal percintaan dunia yang memang tak kan pernah kekal. aku ingin belajar. aku ingin mulakan hidup yang baru. ya Allah.. semoga Kau ubati luka hatiku ini dengan cepat. aku tak tahu sampai aku kuat berdiri di sini.

pengalaman yang lepas aku tak kan pernah lupa. memang aku terluka tapi aku juga pernah bahagia. aku mempu hidup dengan pengalaman lepas. dan aku akan terus hidup dengan masa depan. walau apa pun berlaku, aku mampu hadapinya. insyaAllah.

betul cakap kazen aku, kita tak boleh depends pada orang. kita tak boleh trust orang sangat. dan kita jangan terlalu menyayangi orang lain lebih dari diri sendiri. mulai sekarang, aku akan depends, trust, sayang diri aku sendiri dahulu. lagipun, di sisi aku sentiasa ada Allah kan? :)

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011