▸ My Wishlist. :) ... ♬
Sunday, June 10, 2012
♥ posted at: @5:37 AM



haiyaaaaa. suda pukul 4++ pagi. tapi, mata aku tak jugak nak lelap-lelap. -,-" untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, saya sedang ke arah menjadi 'burung hantu'. malam berjaga, siang tidoqqq! letih kot macam nie. eye bag pun dah makin teruk. huwaaaa! aku jadi macam nie sejak habis matrik la. yela, setahun tido dengan roommate. rasa selamat. skrg kena tido sorang-sorang. tu yang mengada-ngada siket. haha. :P

apepun, malam nie aku nak tulis pasal wishlist dalam hidup aku. wishlist aku termasuk la perkara/benda/orang yang aku nak, tapi aku belum dapat ataupun memang takkan pernah dapat. ehem! kalau terselit wish yang mengarot mintak ampunnn. :P


1- Camera DSLR. aku tak kesah brand Canon atau Nikon. seriously, aku mengidam benda tu skrg. kalau nak diikutkan, aku mampu beli mende alah tu. tapi ntah lah, aku rasa nak beli dengan guna duit gaji aku sendiri bila aku dah bekerja nanti. InsyaAllah.^^

2- handphone Samsung Galaxy s3. well, takat saat aku taip entry nie, memang tu la phone idaman aku. tapi hphone nie selalu je akan keluar yang lagi baru dan canggih dari yang kita dah penat-penat kumpul duit and beli tu. haha. so, wish yang nie tak desperate sangat kot.

3- Instant camera; Polaroid Classic. gila best. nakkkkkk!

4- bawa Mama pergi menunaikan haji. InsyaAllah. bila dah kerja and ada rezeki.

5- sebuah rumah yang ada perpustakaan mini, kolam renang yang kecik-kecik jep, satu bilik untuk aku melukis, satu garden yang penuh dengan bunga plus kena ada buaian yang cantik! dan.. bilik tidur yang serba PINK. haha. aku kan gila pink~ :)

6- dapat buka sebuah kedai yang 3 in 1. mainly, kedai aku tu serve kan cake macam kat cake house. but, aku akan tambah dengan perpustakaan mini dan cyber cafe. err dapat bayangkan tak? aku rasa dah ada dah kedai macam tu. tapi aku terasa nak owned it myself. insyaAllah.

7- segulung ijazah akan menjadi milik aku dalam masa 3-4 tahun akan datang. insyaAllah.

8- kereta idaman, Satria NEO. aku memang minat kereta tu sejak mula-mula dye keluar dulu. aku tak minat la nak pakai kereta besar-besar tu. dapat Satria NEO je pun dah cukup. hihi.


9- teringin gila nak pergi PROM NIGHT. ahaha. nie memang wish mengarot la nie. semua nya pengaruh TV. tapi kan, prom night tu lagi best kalau temanya Masquerade. aku suka! *dalam mimpi je laa. haha*

10- seorang teman hidup, pembimbing aku, suami aku, yang dapat bawa aku ke jalan yang benar dan diredhai Allah. seorang lelaki yang tak perlu menjadi sempurna tapi cukup la jadi sekadar yang aku perlukan di dunia dan akhirat.


11- Simple Weding. aku tak nak bersanding, tempah mak andam, aku tak nak buat majlis makan sampai jemput ratusan orang, wang hantaran pun sebenarnya aku tak nak minta banyak-banyak. tapi, orang tua aku tu tau je laa. mesty nak jugak tengok nilai anak dara dye nie dalam bentuk mata wang. ape, trend skrg nie wang hantaran ikut kelulusan perempuan tu? hmm. seriously, aku tak setuju. sebab aku tak nak baru nak kahwin tapi dah berhutang keliling pinggang. jadi RAJA untuk sehari, tapi jadi PENGEMIS di masa hadapan? uishhhh. tak nak aku. yang sederhana je cukup la. :)

12- Family yang sempurna. family yang sempurna yang aku maksudkan nie bukan la family yang bahagia 24hours/7days and tak pernah gaduh. ia lebih kepada betapa aku impikan, "kalau lah parents aku tak divorce, hingga hari ini aku mungkin ada ayah, ibu, adik-beradik" . tapi.. syg, wish aku yang nie tak kan pernah aku dapat. sebab, parents aku memang da divorce dan ayah aku pun dah meninggal dunia. seriously, if ada pasangan yang ingin berkahwin terbaca post kali nie, tolong lah, jauhkan la family korang drpd penceraian seboleh-bolehnya. sebab.. mangsanya orang-orang macam aku la. :')

haaa. tu je la kot yang ada dalam fikiran aku sekarang nie. insyaAllah ada yang akan aku capai. yang penting, USAHA! :) adiossss!



◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011