▸ Lost in life ... ♬
Tuesday, November 13, 2012
♥ posted at: @4:25 AM




kadang-kadang aku tertanya-tanya, macam mana keadaan nya IF aku dan si dia lain-lain Universiti. sorang tercampak kat utara, sorang tercampak kat selatan. lain Universiti, means aku akan jarang jumpa dengan dia. dia jumpa kawan-kawan baru yang langsung aku tak akan kenal dan samalah juga dengan aku kan. apa pun aktiviti dia, aku tak tahu aku tak nampak.

macam mana ye kehidupan kteorg kalau keadaannya macam tu? aku selalu try imagine. but then, still cant be the same as the reality rite. the feeling like 'does I'm really belong in here? in UTHM, taking course of Applied Physic. Is this really my destiny?' always comes up in my mind. aku masih baru aku tahu. aku yang beria mohon physic gunaan kat sini aku tahu. tapi.. entah lah. betul ke ni jalan hidup yang aku nak? maybe aku rasa macam ni sebab aku still tak nampak profession aku nanti lepas degree. seriously zaty, kau still tak nampak even dah tahap degree? yeah that's bad, I know. -,-

well, that's about my blank profession. now, about the lovey-dovey love story that will lead to my marriage (hopefully). terus-terang aku kata, aku tak nak berstatus couple. aku nak satu relay yang kalau boleh kukuh dan dapat yakin kan org yang aku tak main-main dengan cinta aku. aku tahu aku baru 19 tahun. banyak lagi yang aku perlu belajar sebelum aku katakan yang aku dah ready untuk menjadi makmum seorang lelaki yang akan menjadi imam aku seumur hidup aku. tapi, semua tu aku boleh belajar. aku boleh improve. yang paling penting, hati aku kata, aku dah sedia.

nampak desperate kan? tapi bila kau hidup di persekitaran dimana orang sekeliling kau memandang couple-couple dengan pandangan menjijikkan, kau akan berpendapat yang sama dengan aku. lagipun, aku tak nafikan aku terasa dah banyak dosa yang aku buat, means pegang2 tangan. aku manusia, aku ada nafsu, aku terpengaruh, aku tak boleh lepaskan dia, aku nak ada hubungan yang halal tapi halangan family yang menganggap kami masih study so tak boleh ada status TELAH BERNIKAH.

aku dalam dilema. dont judge me by saying "tak payah nak gatal sangat nak kahwin, habiskan study tu dulu". zaman sekarang ramai je yang still boleh skor even dah kahwin. kenapa aku dianggap aku tak boleh jadi seperti golongan tu? aku ni manusia. aku lemah. aku tak mampu nak tahan diri aku daripada melakukan dosa. sebab tu la aku nak memiliki seorang lelaki bergelar suami. tapi, susah kan. macam-macam perlu diambil kira. semua pendapat orang lain perlu didengar. dan akhirnya pendapat diri sendiri terkubur.

aku terasa sekarang ni aku LOST dalam semua perkara.

p/s : patut ke aku bertukar dari UTHM ke UPSI dan dari Physics ke Psychology?

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011