▸ cinta remaja tak semua murahan ... ♬
Friday, December 14, 2012
♥ posted at: @4:55 PM




Assalamualaikum..

sejak akhir-akhir nie aku dibelenggu dengan masalah kawan-kawan aku. macam semalam, siap bertukar shift dengan dua orang gadis idaman malaya nie. hahaha. aku tak pernah kesah pun. I'll always here to be crying shoulder for my girlfriends. aku kan sayang korang. lagipun korang pilih aku untuk dengar masalah korang, means korang percayakan aku kan. *terharu sedu-sedan.

sejak akhir-akhir (baca : sejam-dua yg lepas) nie juga aku terbaca la status yg di'update' oleh that guy yang menjadi masalah pada girlfriend aku nie. okay ayat dia lebih kurang, plus minus macam nie la, "CINTA mngikut syariat islam, adalah perkahwinan.. Cinta berlaku setelah ijab kabul, . Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan...." Fine, aku faham maksud kau nak ada hubungan cinta-cintun nie selepas perkahwinan. Then ape motif kau starts your relationship with her? kau yang approached dia dulu dude. then senang-senang kau biarkan dia, gantung tak bertali. sampai bila? plus, kau selalu cakap "I will let you when you've found someone better than me because I'm not the one." pada aku semua tu bullshit okay. Dude, kalau kau tak nak kat dia, kau buat keputusan. Dan buat keputusan bukannya dengan kata-kata macam tu. Tu pengecut namanya.

Aku kan sebagai kawan kepada kedua-dua nya tak harap pun, hubungan korang putus. kalau boleh aku nak sangat tengok korang sampai ke jenjang perlamin. tapi kalau macam nie lah kau buat dia, tak payah lah. kau seksa dia bukan takat seksa jiwa, perasaan tau, bahkan kau seksa mental dia. dia selalu fikir pasal sampai bila korang nak macam nie.

Dude, kau cakap kau tak ready nak bercinta, nak bercouple yang selalu text, dates bagai tu. Dia pernah ke minta tu semua? setahu aku lah, dia cuma nak kau ada saat dia perlu je. jadi pendengar yang setia. bimbing dia. tu je. tak pernah pulak dia buang tabiat minta dating, pegang tangan, kiss muah-muah bagai seperti mana yang kau label kan cinta murahan tu kan. korang pun tak jumpa pun kan selama korang couple. takat text tanya kabar, how's your life, tanya ada probs ke, tu je pun yang dia nak. dia nak someone yang care pasal dia. tu pun susah ke?

Kalau bagi kau semua tu susah. kau lepas kan lah dia. but remember this, you might be loosing someone that really love you and can bears with you. aku tak pernah tengok dia sayang orang seperti mana dia sayang kau. Sayangnya sayang dia tu jatuh pada orang yang tak pandai menghargai.

Terus-terang aku benci pada orang yang sesuka hati melabelkan sesuatu cinta tu sebagai cinta murahan. Ayat tu hina. Kau jangan ingat hanya dengan status perkahwinan, cinta kau tu jadi suci terus. Cinta remaja cinta sementara. Cinta remaja cinta palsu, kotor. Sejauh mana kau tahu tentang cinta mereka? Aku bosan mendengar ayat-ayat 'jugdemental' macam tu! Di sini aku bercakap tentang cinta bukannya isu couple.

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011